Saturday, November 13, 2010

Hari Raya Aidiladha Datang Lagi

Hari Raya Aidiladha Datang Lagi

Salam semua rakan-rakan kita di Bandar Seri Bandi , sekali lagi kami di group seribandionline mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kerana masih lagi setia bersama kami di blog utama kita.

Disini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua dan diharapkan semua akan berasa gembira bersama family yang telah banyak pengobanan terhadap kita serta menghayati pengorbanan para nabi kepada seluruh umat islam.


Monday, November 8, 2010

Nenek Hilang

CHUKAI: Tanda tanya mengenai kehilangan seorang warga tua sejak enam hari lalu terjawab selepas mayat Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan berulat dan mengerikan serta sukar dikenali di dalam hutan Kampung Bukit Badak, Seri Bandi di sini, kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mayat warga tua yang menghidap penyakit alzheimer (nyanyuk) itu ditemui sekumpulan penduduk bersama seorang anggota bomba yang terhidu bau busuk ketika melalui kebun pisang berhampiran dalam gerakan mencari warga emas itu.