Tuesday, April 19, 2011

Keindahan Kemaman [Kemamanguide.com]

Keindahan Kemaman




Selamat Datang di Kemamanguide.com

Kemamanguide.com merupakan laman web untuk menyediakan kemudahan maklumat dan pelancongan untuk pelancong dalam negeri mahupun di luar negeri.

Kemamanguide.com akan memberikan kemudahan maklumat dan pelancongan di negara dan khususnya di Kabupaten Kemaman. Di antara tarikan yang terdapat di Kabupaten Kemaman seperti Fireflies Melihat Yak Yah Sungai, Jungle Adventure dan Air Terjun di jeram Penitih dan Penyu Menonton di sisi pantai di malam hari.

Tuesday, April 12, 2011

Awas!!Telur Tiruan

Awas!!! Telur Tiruan Di pasaran-Berserta rahsia resepi
-please dont try it at home-



Awasi telur tiruan di pasaran

SM Mohamed Idris,

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Monday, April 11, 2011

Formula 1 Grand Prix Malaysia Petronas 2011

Formula 1 Grand Prix Malaysia Petronas 2011

Sebastian Vettel, penyandang juara tahun 2010 sekali lagi mengesahkan pendapat bahawa beliau adalah genius dalam perlumbaan Formula 1 masa kini apabila memenangi F1 Grand Prix Malaysia Petronas 2011 yang berlangsung petang tadi. Pemandu pasukan Red Bull Racing itu berjaya menaiki podium di tempat pertama buat kali kedua setelah berjaya melakukannya di Melbourne, Australia dua minggu lepas. Tempat kedua dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan McLaren Mercedes, manakala pendatang baru Lotus Renault GP tidak menghampakan peminat tempatan apabila menghadiahkan kemenangan di Sepang dengan kejayaan pemandunya Nick Heidfeld yang berjaya menaiki podium di tempat ketiga.

Monday, April 4, 2011

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik...



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling mudah diperolehi adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Sunday, April 3, 2011

Cari Kerja (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia



Satu portal untuk mencari kerja untuk rakyat Malaysia iaitu SPA satu portal yang tidak asing lagi bagi bakal penjawat awam di Malaysia.Bagi yang masih mencari-cari pekerjaan bolehlah melawat portal SPA ianya percuma.


jom masuk U

MAKLUMAT WAJIB KEPADA CALON
(KATEGORI STPM & STAM)

- SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Pastikan andan telah mempunyai nombor Unik ID (Slip BSN)
Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
(Sila Klik disini untuk panduan mengisi borang)

Sila kenalpasti Kategori Anda Kategori

Kategori A : Lepasan STPM 2010 : Aliran Sastera
Kategori S : Lepasan STPM 2010 : Aliran Sains
Kategori T: Lepasan STAM 2010 dan 2009

Sila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON (klik di sini)
Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih (klik disini)