Tuesday, October 9, 2012

Jawatan Kosong

 Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Berikut Merupakan Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-


Thursday, August 9, 2012

Duit Baru Malaysia VS Hell Money

Duit Baru Malaysia VS Hell Money


Duit Mati Kaum Cina Vs Duit Baru Malaysia | Inilah yang menjadi persoalan kepada ramai orang berkenaan dengan duit baru Malaysia dengan duit mati kaum cina.

Kalau ditengok memanglah seakan serupa saja tetapi dikatakan sebenarnya duit mati kaum cina telah meniru duit baru Malaysia. Duit mati kaum cina juga dikenali dengan nama "hell money".

 Menurut info, duit baru Malaysia tersebut sebenarnya telah direka sejak tahun 2005 lagi, dan pada tahun 2011 duit baru tersebut telah dipamerkan kepada umum melalui pelbagai cabang media.

Jadi memang tidak mustahil bagi duit kaum cina meniru rekaan terbaru duit Malaysia ini. Saya berharap ini dapat memberi penjelasan kepada semua.


Wednesday, August 8, 2012

Pertandingan mencipta logo dan tagline Tasik Kenyir

Pertandingan mencipta logo dan tagline Tasik Kenyir


Setiap perserta yang berminat boleh memuat turun Borang Penyertaan dan juga Syarat-syarat Pertandingan sepertimana dibawah atau melalui Portal Pelancongan Negeri Terengganu (www.tourism.terengganu.gov.my) dan dihantar hasil karya ke alamat sebagaimana berikut :

Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Pejabat KETENGAH Pengkalan Gawi
21700 Tasik Kenyir Hulu Terengganu
Tel : 09-6668498
Email : mfaiq@ketengah.gov.my
BORANG PENYERTAAN
SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA TAGLINE
Tarikh Tutup Penyertaan : 09 September 2012 (AHAD)

Thursday, August 2, 2012

5 Kuih Popular Terengganu Di Masa Bulan Ramadan

5 Kuih Popular Terengganu Di Masa Bulan Ramadan


Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

Belia Malaysia

Belia Malaysia

Fakta 1
 Lima (5) bentuk bantuan paling utama yang diharapkan oleh belia jika Kerajaan boleh membantu untuk
mencapai keperluan hidup belia pada masa kini adalah :

  1. Bantuan Kewangan (24.6%) - contoh - bantuan modal perniagaan, kelonggaran proses pinjaman peribadi,
    dan meningkatkan pendapatan pekerja mengikut ekonomi semasa yang kian meningkat.
  2. Membuka peluang pekerjaan (23%)
  3. Menurunkan harga barang dengan lebih berpatutan (16.5%)
  4. Memberi bantuan pendidikan/pelajaran (15.8%) - seperti biasiswa, kelonggaran kemasukan pelajar ke
    institut pengajian tinggi awam/swasta.
  5. Memberikan skim bantuan/pinjaman perumahan (9%) - yang lebih rendah bunga dan mudah diluluskan bank.

Berani Menongkah Arus

Berani Menongkah Arus


OLIMPIK 2012 sudah membuka tirainya. Sejurus perasmian oleh Ratu Elizabeth, maka bermulalah episod perjuangan jaguh olimpik dari seluruh dunia, termasuk atlet Malaysia. Pada temasya kali ini, pasukan Malaysia tampil dengan identiti tersendiri dengan mengenakan pakaian tradisional Malaysia, iaitu baju kebaya dan baju Melayu berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan Harimau Malaya.

Keberanian untuk ‘bertindak di luar pemikiran konvensional’ seperti ini seharusnya mendapat pujian ramai pihak walaupun ada segelintir yang mengkritik pemakaian kontinjen negara.

Perasaan bangga menyelinap di setiap sanubari rakyat Malaysia kerana kejayaan menjejakkan kaki ke pentas Olimpik hanya mampu dilakukan atlet yang memenuhi piawaian sukan antarabangsa.

Rural Business Challenge

untuk belia desa :)
for detail click here http://www.rurallink.gov.my/rbc

Tuesday, July 24, 2012

McD

 McD


McDonald's is the largest and best-known global food service retailer with more than 30,000 restaurants in 121 countries.[8]

McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc., of Metropolitan Chicago.[9]
According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonalds Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation.

Through its Israel Commission, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel".

Thursday, July 12, 2012

Kenali Docter Anda

Kenali Doctor Anda


Carian nama-nama doctor klik sini

Sebuah web carian nama-nama docter yang berdaftar di seluruh Malaysia. Dalam carian ini orang awam dapat mengenali docter2 mereka semasa mendapat rawatan di klinik2 atau hospital2 seluruh Malaysia. Dengan carian ini juga orang awam dapat mengenal pasti sama ada docter tersebut adalah docter berdaftar atau docter tidak berdaftar(docter palsu).

Semoga carian nama2 docter dapat memberi maklumat kepada kawan2 kita di BSB dan seluruh Malaysia :D

Tuesday, July 10, 2012

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya!


TAWAU – Seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.

Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,

“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.


Wednesday, May 9, 2012

Sunday, April 8, 2012

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Bertempat di Putrajaya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ), Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, telah mendedahkan nama sebenar model global terbaharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod rasmi P3-21A, dengan nama baharu Proton Preve.

Bukan itu saja, pada majlis yang sama yang diadakan khas untuk media termasuk sesi penerangan dan pandu uji, DSZ turut mengumumkan tarikh sebenar pelancaran Proton Preve yang telah ditetapkan pada 16hb. April 2012, di mana ianya bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan pengumuman itu, maka berakhirlah episod penantian dan rentetan spekulasi yang melanda Proton sebelum ini.

Sunday, April 1, 2012

Maidam tawar pelajar cemerlang SPM belajar perubatan di Jordan

SPM 11A+

BESUT - Fatin Hamimi Abdullah, 17, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Terengganu yang memperoleh 11A+ ditawar mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran di bawah Program Sakit Puan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Jika menerima tawaran itu, Fatin Hamimi dari SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut, akan memulakan pengajian di Universiti Sains Teknologi Jordan pada September ini.

Thursday, March 29, 2012

Mayat bayi dalam beg

Mayat bayi lelaki dikerumuni anjing liar



KEMAMAN – Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai bersama uri, dalam sebuah beg pakaian di tapak pembuangan sampah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Mak Chili, Jalan Ibok, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.

Monday, March 12, 2012

Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008 diagihkan ke seluruh sekolah

Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008 diagihkan ke seluruh sekolah


Dua naskah buku ‘Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008’ akan diagihkan kepada semua 165 sekolah di negeri ini bagi memperteguhkan rasa cinta rakyat terutamanya pelajar kepada Institusi Kesultanan Terengganu.
Bagi tujuan itu, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha mengagihkan buku sejarah berkenaan.

Lee Chong Wei di Yonex All England 2012

Lee Chong Wei di Yonex All England 2012

Ucapan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei walaupun tewas di tangan Lin Dan di Final Yonex All England 2012. Dek kerana kecederaan di bahu, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berhenti dari meneruskan permainan di set kedua, dan memberikan kemenangan kepada Lin Dan yang sebelum itu berjaya menewaskannya dengan 19-21 sebelum permainan ditamatkan di set kedua 2-6.

Sunday, March 11, 2012

Video Proton P3-21A dari Segmen Auto, Buletin Utama TV3

Video Proton P3-21A dari Segmen Auto, Buletin Utama TV3

Sungguh menarik dalam paparan Segmen Auto yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 bertarikh 9hb. Mac 2011 (Jumaat), fokus utama adalah terhadap model global terbaru Proton P3-21A. Banyak info-info menarik yang diberikan di dalam segmen tersebut, termasuklah gambaran sebenar reka bentuk P3-21A dan ciri-ciri yang ada pada model itu.

Thursday, March 8, 2012

SKSB II Blog diTUTUP

SKSB II Blog diTUTUP


seribandionline berharap blog SKSB II dapat dibuka semula bagi membolehkan orang awam mengetahui pekembangan terkini SKSB II melalui blog yang sebelum ini. Diharap dibuka secepat yang mungkin.

Wednesday, February 22, 2012

Cave of the Crystals (Gua Kristal) Mexico

Cave of the Crystals (Gua Kristal) Mexico

Gua Kristal Raksasa atau Gua Kristal adalah sebuah gua terhubung ke Tambang Naica 300 meter (980 kaki) di bawah permukaan di Naica, Chihuahua, Meksiko.

Ruang utama berisi kristal Selenite raksasa (gipsum, CaSO4 · 2 H2O), beberapa kristal alam terbesar yang pernah ditemukan. Kristal gua terbesar yang ditemukan sampai saat ini adalah 11 m (36 kaki) panjangnya, 4 m (13 ft ) dengan diameter dan 55 ton berat.

'Air Terjun Lava' di Taman Nasional Yosemite

'Air Terjun Lava' di Taman Nasional Yosemite

Fenomena ini dilihat di Gunung Etna, Sisilia, yang sedang mengeluarkan lahar.

Keajaiban di Taman Nasional Yosemite, California, ini muncul saat matahari terbenam dan hanya pada pertengah Februari.

Kemunculan efek ini sangat bergantung pada cuaca, garis lurus antara cahaya matahari dan bumi akan membuat air terjun Horsetail di Taman Yosemite menjadi warna oren keemasan terang, seperti api.

Tuesday, February 21, 2012

Rokok Meletup

Rokok Meletup



FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.

Saturday, February 11, 2012

Hari Suami Isteri tak sesuai 14 Februari

Hari Suami Isteri tak sesuai 14 Februari



SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Monday, February 6, 2012

Aksi Real Helang Lebuhraya PDRM mengejar Satria GTi dan Proton Wira Aeroback, serta Naza Citra

Aksi Real Helang Lebuhraya PDRM mengejar Satria GTi dan Proton Wira Aeroback, serta Naza Citra



Ramai yang tidak tahu bagaimana prestasi sebenar Helang Lebuhraya milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika bertugas di atas lebuh raya dan di jalan persekutuan.

Menggunakan unit berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution 10, klip video YouTube daripada siaran 999 di TV3 ini menunjukkan aksi real kejar-mengejar antara Helang Lebuhraya dan Proton Satria GTi yang dinaiki saspek penjenayah. Juga dipaparkan Helang Lebuhraya mengejar Proton Wira Aeroback.

Tuesday, January 31, 2012

Tabiat Makan Malam

Tabiat makan malam


Pengenalan

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari. Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang sedentari boleh menyumbang kepada kegemukan.

Kepentingan makan malam

Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan zat-zat makanan untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Makan malam melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga susu. Selain daripada kepentingan biologi, makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. Sekiranya ibu bapa bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara ahli keluarga. Ini kerana makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk bersama ahli keluarga yang lain. Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang bekerja.

Monday, January 30, 2012

Tukar kata laluan anda pada 1 Febuari 2012

Tukar kata laluan anda pada 1 Febuari 2012


Dalam bab kata laluan, sama ada untuk emel, akaun bank dalam talian atau Facebook, kebanyakan orang langsung tidak mengambil berat. Kita sering kali melakukan kesalahan dengan menggunakan kata laluan biasa lemah yang mudah diteka. Tetapi apa lebih membimbangkan adalah kita menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun. Tambahan pula, kita jarang sekali mengubah kata laluan kita.

Terengganu : Pameran khazanah Islam dari China Februari ini

Terengganu : Pameran khazanah Islam dari China Februari ini


“Al-Quran bersadur emas dengan nilai USD53 juta dari Empayar Othmaniah, kurun ke 16-18, akan menjadi tarikan utama di Pameran Khazanah Islam dari Negara China di Galeri Mandalika, Muzium Negeri Terengganu bermula Februari 2012 ini.”


Kuala Lumpur, 3hb Januari 2012 – Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Topchain Capital Sdn. Bhd. akan menganjurkan satu pameran antarabangsa iaitu “Khazanah Islam dari Negara China” bermula Februari hingga Julai 2012, bertempat di Galeri Mandalika, Muzium Negeri Terengganu.

Diantara artifak-artifak yang dijangka menjadi tarikan utama di Galeri Mandalika ini ialah, ”Al-Quran Bersadur Emas (Gold Tooling Al-Quran)” yang berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming. Sejarah pembuatan “Al-Quran Bersadur Emas” ini bermula dari Kerajaan Othmaniah yang menggunakan Skrip Naskhi. “Al-Quran Bersadur Emas” ini juga dipercayai dibawa ke Timur Turkestan (Xinjiang-China) oleh seorang guru agama berbangsa Arab ketika Dinasti Ming. Kemudiannya, “Al-Quran Bersadur Emas” ini telah dibawa ke Uighur Turks (Timur Turkestan) ke Yunan-China. Artifak “Al-Quran Bersadur Emas” dianggarkan bernilai lebih dari USD53 juta (RM170 juta) oleh pakar-pakar artifak purba antarabangsa.

Arsenal bangkit singkirkan Villa


Arsenal bangkit singkirkan Villa




Robin van Persie menjaringkan dua kali sepakan penalti Arsenal datang dari dua gol untuk menewaskan Aston Villa 3-2 di Stadium Emirates dan menempah tempat dalam pusingan kelima Piala FA mereka. Richard Dunne dan Darren Bent telah meletakkan pasukan pelawat di perintah pada waktu rehat tetapi Gunners telah diberikan talian hayat pada permulaan separuh masa kedua apabila Dunne terumbang-ambing Aaron Ramsey, dan Van Persie tenang menghantar hasil spot-kick.

Sunday, January 29, 2012

Sedap Atau Sihat : Anda boleh pilih yang mana satu


Oleh : Khairani Abdul Aziz

Mahasiswi UKM

Gaya hidup rakyat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Bilangan wanita bekerjaya pula semakin meningkat menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri disediakan di rumah. Oleh itu, ramai yang memilih membeli makanan segera kerana cepat dan mudah disediakan. Namun, adakah ini menunjukkan gaya pemakanan tersebut sihat untuk kesihatan kita?

Kebanyakan masyarakat kini memilih makanan yang sedap sahaja tanpa menghiraukan risiko kesihatan mereka akan terjejas. Ini jelas menunjukkan kewujudan restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, McDonald dan sebagainya yang tumbuh melata bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Makanan yang sedap tidak semestinya sihat.