Sunday, April 3, 2011

jom masuk U

MAKLUMAT WAJIB KEPADA CALON
(KATEGORI STPM & STAM)

- SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Pastikan andan telah mempunyai nombor Unik ID (Slip BSN)
Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
(Sila Klik disini untuk panduan mengisi borang)

Sila kenalpasti Kategori Anda Kategori

Kategori A : Lepasan STPM 2010 : Aliran Sastera
Kategori S : Lepasan STPM 2010 : Aliran Sains
Kategori T: Lepasan STAM 2010 dan 2009

Sila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON (klik di sini)
Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih (klik disini)

Tuesday, December 7, 2010



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Saturday, November 13, 2010

Hari Raya Aidiladha Datang Lagi

Hari Raya Aidiladha Datang Lagi

Salam semua rakan-rakan kita di Bandar Seri Bandi , sekali lagi kami di group seribandionline mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kerana masih lagi setia bersama kami di blog utama kita.

Disini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua dan diharapkan semua akan berasa gembira bersama family yang telah banyak pengobanan terhadap kita serta menghayati pengorbanan para nabi kepada seluruh umat islam.


Monday, November 8, 2010

Nenek Hilang

CHUKAI: Tanda tanya mengenai kehilangan seorang warga tua sejak enam hari lalu terjawab selepas mayat Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan berulat dan mengerikan serta sukar dikenali di dalam hutan Kampung Bukit Badak, Seri Bandi di sini, kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mayat warga tua yang menghidap penyakit alzheimer (nyanyuk) itu ditemui sekumpulan penduduk bersama seorang anggota bomba yang terhidu bau busuk ketika melalui kebun pisang berhampiran dalam gerakan mencari warga emas itu.


Saturday, October 30, 2010

SPM 2010


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi SPM 2010.