Belia Malaysia
Fakta 1
Lima (5) bentuk bantuan paling utama yang diharapkan oleh belia jika Kerajaan boleh membantu untuk
mencapai keperluan hidup belia pada masa kini adalah :
- Bantuan Kewangan (24.6%) - contoh - bantuan modal perniagaan, kelonggaran proses pinjaman peribadi,
dan meningkatkan pendapatan pekerja mengikut ekonomi semasa yang kian meningkat. - Membuka peluang pekerjaan (23%)
- Menurunkan harga barang dengan lebih berpatutan (16.5%)
- Memberi bantuan pendidikan/pelajaran (15.8%) - seperti biasiswa, kelonggaran kemasukan pelajar ke
institut pengajian tinggi awam/swasta. - Memberikan skim bantuan/pinjaman perumahan (9%) - yang lebih rendah bunga dan mudah diluluskan bank.



