Sunday, August 8, 2010

GOTONG-ROYONG BANDAR SERI BANDI

GOTONG-ROYONG BANDAR SERI BANDI


Pada 6 0g0s 2010, satu program gotong-royong bersama penduduk Bandar Seri Bandi telah diadakan hampir kesemua surau dan masjid di Bandar Seri Bandi.

Gotong-royong ini telah hampir kesemua surau dan masjid iaitu dikawasan Masjid Bandar Seri Bandi, surau Blok A, surau Blok B, surau Blok E dan seterusnya dikawasan kubur Bandar Seri Bandi secara serentak iaitu bermula 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.


Program ini disertai oleh semua penduduk Bandar Seri Bandi hampir 300 orang ahli termasuk kanak-kanak dan dewasa.Suasana meriah menaikkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk Bandar Seri Bandi.

Program gotong-royong ini telah diadakan dengan jayanya dan ianya adalah salah satu program kemasyarakatan yang dilakukan secara besar-besaran.Diharapkan lebih ramai lagi penduduk Bandar Seri Bandi untuk turut serta terutamanya para belia dimasa akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai program ini kerana bekerja keras dalam membersihkan kawasan yang terpenting di Bandar Seri Bandi, tidak lupa juga kepada semua ahli group seribandionline kerana memberi sokongan dalam membina blog ini.

FOTO

1) Kawasan Masjid Bandar Seri Bandi



2) Kawasan Surau Blok A


3) Kawasan Surau Blok B



4) Kawasan Surau Blok E



5) Kawasan Kubur Bandar Seri Bandi


No comments:

Post a Comment