Sunday, April 8, 2012

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Bertempat di Putrajaya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ), Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, telah mendedahkan nama sebenar model global terbaharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod rasmi P3-21A, dengan nama baharu Proton Preve.

Bukan itu saja, pada majlis yang sama yang diadakan khas untuk media termasuk sesi penerangan dan pandu uji, DSZ turut mengumumkan tarikh sebenar pelancaran Proton Preve yang telah ditetapkan pada 16hb. April 2012, di mana ianya bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan pengumuman itu, maka berakhirlah episod penantian dan rentetan spekulasi yang melanda Proton sebelum ini.

Sunday, April 1, 2012

Maidam tawar pelajar cemerlang SPM belajar perubatan di Jordan

SPM 11A+

BESUT - Fatin Hamimi Abdullah, 17, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Terengganu yang memperoleh 11A+ ditawar mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran di bawah Program Sakit Puan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Jika menerima tawaran itu, Fatin Hamimi dari SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut, akan memulakan pengajian di Universiti Sains Teknologi Jordan pada September ini.