Sunday, April 8, 2012

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Proton P3-21A ------>> PREVÉ (New)

Bertempat di Putrajaya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ), Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, telah mendedahkan nama sebenar model global terbaharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod rasmi P3-21A, dengan nama baharu Proton Preve.

Bukan itu saja, pada majlis yang sama yang diadakan khas untuk media termasuk sesi penerangan dan pandu uji, DSZ turut mengumumkan tarikh sebenar pelancaran Proton Preve yang telah ditetapkan pada 16hb. April 2012, di mana ianya bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan pengumuman itu, maka berakhirlah episod penantian dan rentetan spekulasi yang melanda Proton sebelum ini.


INFO TERKINI : Sebutan Sebenar Prevé adalah ‘PRAY-VAE’

Info Terkini : ’SMS Blast’ dari Proton yang dihantar kepada semua Sales Advisor di seluruh negara dan kandungannya adalah seperti berikut:

“RM.0.00: The New Proton PREVÉ: Pronounce as ‘pray-vae’ (sounds like cafe). Pls share the correct pronunciation with everyone.”

Banyak andaian & kekeliruan tentang sebutan nama model terbaru Proton iaitu ‘PREVÉ’, sejak dari nama itu mula didedahkan seminggu yang lepas. Pelbagai sebutan telah diberi seperti ’Preev’, ‘Pre-vey’ dan macam-macam lagi, sehingga saya sendiri pun terkeliru.

Jadi sebutan yang sebenar adalah ’Pray’ ‘Vae’, sama seperti sebutan ’Ca’ ‘Fe’. Diharap tiada lagi kekeliruan atau kesilapan tentang sebutan nama model ini..



Berdasarkan maklumat sahih dari laman web Proton Edar, harga sebenar Proton Preve untuk ketiga-tiga varian ditawarkan seperti berikut :

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

RM 59,990.00 / Metallic
RM 59,540.00 / Solid

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

RM 62,990.00 / Metallic
RM 62,540.00 / Solid

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

RM 72,990.00 / Metallic
RM 72,540.00 / Solid

Kesemua harga ditawarkan atas jalan (on the road price) termasuk insuran (tertakhluk kepada perubahan tanpa notis).

Eksklusif! Iklan komersial Proton Preve untuk televisyen muncul di YouTube!



Iklan komersial Proton Preve yang bakal ditayangkan di televisyen sudah muncul di laman video YouTube. Bagi saya iklan komersial ini memang menarik kerana kita boleh melihat model terbaharu Proton Preve ini beraksi secara lebih jelas, seterusnya menyerlahkan kecantikan rekaannya yang begitu sporty.

p/s : hehe sporty dgn Varian tertinggi pula dilengkapi enjin turbo 1.6 liter CFE dengan kuasa mengujakan; 205Nm tork maksimum dan 138hp, seterusnya dipadankan transmisi CVT Protronic 7-kelajuan.

Diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City, Proton Preve dilihat mempunyai kelebihan kerana menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaharu yang tiada pada pesaingnya.

No comments:

Post a Comment