Monday, November 8, 2010

Nenek Hilang

CHUKAI: Tanda tanya mengenai kehilangan seorang warga tua sejak enam hari lalu terjawab selepas mayat Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan berulat dan mengerikan serta sukar dikenali di dalam hutan Kampung Bukit Badak, Seri Bandi di sini, kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mayat warga tua yang menghidap penyakit alzheimer (nyanyuk) itu ditemui sekumpulan penduduk bersama seorang anggota bomba yang terhidu bau busuk ketika melalui kebun pisang berhampiran dalam gerakan mencari warga emas itu.




Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan uzur dan pihak berkuasa turut menemui sarang lebah kira-kira semeter daripada tempat mangsa ditemui.
“Kita tidak pasti kematian mangsa berpunca daripada serangan binatang buas atau gigitan serangga berbisa. Bagaimanapun, berhampiran tempat mangsa ditemui kita mendapati ada satu sarang tebuan dan besar kemungkinan mangsa diserang serangga berkenaan.

“Mayat mangsa yang dilaporkan hilang Ahad lalu itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya,” katanya di sini, semalam.

Abdullah berkata, gerakan mencari warga emas dikawasan hutan terbabit dilakukan selepas seorang penduduk mendakwa melihat kelibat mangsa di situ.
Nenek berkenaan selepas keluar seorang diri ke rumah anak perempuannya yang tinggal berhampiran rumahnya di Bandar Sri Bandi, di sini kira-kira jam 6.50 petang.
Kehilangan wanita itu disedari selepas seorang daripada cucunya berusia 19 tahun mendapati dia tiada di rumah ibu saudaranya yang terletak selang tiga buah rumah daripada rumah keluarganya ketika hendak menjemput wanita itu pulang kira-kira jam 7 petang.

Laporan kehilangan mangsa dibuat cucu mangsa di Balai Polis Air Jernih, di sini, kira-kira jam 3 petang sehari selepas kejadian.

Sources : Bharian

No comments:

Post a Comment