Monday, February 6, 2012

Aksi Real Helang Lebuhraya PDRM mengejar Satria GTi dan Proton Wira Aeroback, serta Naza Citra

Aksi Real Helang Lebuhraya PDRM mengejar Satria GTi dan Proton Wira Aeroback, serta Naza Citra



Ramai yang tidak tahu bagaimana prestasi sebenar Helang Lebuhraya milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika bertugas di atas lebuh raya dan di jalan persekutuan.

Menggunakan unit berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution 10, klip video YouTube daripada siaran 999 di TV3 ini menunjukkan aksi real kejar-mengejar antara Helang Lebuhraya dan Proton Satria GTi yang dinaiki saspek penjenayah. Juga dipaparkan Helang Lebuhraya mengejar Proton Wira Aeroback.


Tetapi yang lebih tertarik dengan video klip kedua yang menunjukkan Helang Lebuhraya Mitsubishi Evo 10 mengejar sebuah NAZA CITRA. Sebagai pemilik Naza Citra, kita tahu kemampuan sebenar MPV itu yang agak berat dan pikap terasa agak perlahan pada permulaannya. Lebih menakjubkan Naza Citra tersebut berjaya melepaskan diri daripada Helang Lebuhraya.



Seperti dari kartun dan movie terkenal Initial D, bukan AE 86 yang menyebabkan kemenangan, tetapi ‘monster’ di dalam yang memandunya. Agak menghairankan kenapa Naza Citra itu boleh terlepas, dipandu oleh ‘monster’ kah?

Untuk makluman, lokasi kejadian kejar-mengejar antara Helang Lebuhraya dan Naza Citra itu berada di Taman Sejati Indah, kemudiannya berterusan ke Taman Keladi sehingga memasuki lorong sempit di bawah Lebuhraya Utara Selatan, diteruskan lagi menghala ke Taman Seri Wang, sehinggalah Naza Citra melepaskan diri tanpa dapat dikesan.

Aksi sebelumnya iaitu ketika kedua-dua buah kereta memecut masuk ke dalam terowong sempit berdekatan Taman Keladi memang aksi merbahaya kerana jarak di kiri dan kanan dinding terowong itu terlalu sempit, tersilap langkap pasti kereta akan bergesel teruk.

Apa pun berbaloi apabila pihak PDRM menggunakan Evo 10 sebagai kenderaan rasmi mereka bagi membanteras penjenayah yang semakin licik ketika ini. Cuma mungkin tahap pemanduan pemandu boleh ditingkatkan lagi agar saspek penjenayah tidak terlepas. Saksikan kedua-dua video klip penuh aksi di atas.Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment