Monday, April 4, 2011

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik

Cara Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik...



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah s.a.w kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling mudah diperolehi adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yang hendak dikongsikan adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita akan mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan kita akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, family-famili kita supaya kita sama-sama mendapat pahala di sisi Allah untuk bekalan sebelum kembali ke alam yang abadi.

Semua yang baik datang dari Allah swt, dan yang silap tu datang dari saya sendiri.

Semoga berjaya !!
Terima kasih.

seribandionline.blogspot.com



No comments:

Post a Comment