Monday, May 16, 2011

SNAPSHOT MESIN PENGEMBOM DI SERI BANDI

SNAPSHOT MESIN PENGEMBOM DI SERI BANDI


Baru-baru ini Seri Bandi digegarkan dengan "ledakan bom". Dianggarkan hampir 45 orang askar termasuk komandor (angka ni xpasti juamlah,cz ade lg yg xnampak) ,
7 buah mesin pengembom, pacuan 4 roda dan lori-lori termasuk yang kecik/besar.

"ledakan bom" tersebut adalah satu latihan (xde kematian),latihan tersebut adalah untuk misi pertahanan negara kite sekarang.
"ledakan bom" tersebut juga mengingatkan kite bertapa pentingnya mempertahankan negara dari musuh luar yang semakin angresif.



Semangat juang mereka memang tidak pernah putus,tidak kira hujan panas mereka tetap kuat (alangkan baik nye klu org2 muda sini ade semangat juang seperti mereka)
Semangat itu juga membuatkan admin bersemangat untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan seribandionline.

Berikut adalah beberapa spyshot kereta pengembom bersama-sama dengan krew-krewnya.
(gambar ni sempat diambil ketika mereka sedang berehat,klu gambar kat lokasi diorg bom tu xde la,klu sape2 ade bo share ok)


Kelihatan juga krew-krew mereka membuat pemeriksaan dan persiapan di setiap kereta perisai,lori-lori dan pacuan 4 roda.


Barisan mesin pengembom kelihat besar dan gah apabila memasuki laluan jalan-jalan kecil di kawasan Seri Bandi.


Cara untuk mematikan kereta perisai tersebut, mereka mempunyai cara yang berdisplin tinggi (xsame cara kita matikan motosikal kite.hehehe..).
Nak tahu camne mereka buat? Terdapat seorang ketua yang memberi arahan dengan melaungkan "tiga,dua,satu" dan semua enjin dimatikan. (tanpa arahan tersebut confrm enjin xmati-mati)
Nampak cam senang je,klu silap no comment.huhuhu..


Pintu masuk utama kereta perisai tersebut



Special area snap shot, admin diberi peluang untuk memasuki ruang dalam mesin pengembom.


Kelihatan ruang memandu seakan sama macam lori tapi yang beza nya terdapat banyak suis dan boleh memuatkan 1-2 orang dan selebih nya duduk kat atas.


Kelihatan mereka sedang berkumpul dan mendengar arahan seterusnya.
(kelihatan 2 org dpd mereka senyum dan melambai2 time ambik gambar,sempat lagi tu.huhuhu...)


p/s: Terima kasih kepada mereka kerana membenarkan membuat snapshot keatas mesin pengembom dan juga rakan-rakan seribandionline kerana sudi menjenguk dihalaman ini.
Insyallah kalau ada pertemuan dengan mereka,kami cuba berkongsi lagi di seribandionline.blogspot.com .

No comments:

Post a Comment