Tuesday, May 17, 2011

Piala FA 2011 TERENGGANU VS KELANTAN

Piala FA 2011
TERENGGANU VS KELANTAN


Piala FA 2011 kembali lagi,kali ini lebih HOT antara pasukan Pantai Timur antara Terengganu menentang Kelantan.

Baru-baru ini,Jumaat 13 Mei 2011, pasukan tuan rumah iaitu Pahang menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur,kelihatan pasukan Terengganu berjaya
menggalahkan Pahang dengan keputusan Pahang 2-3 Terengganu (hebat2 walaupun Pahang mendahului 2-0,tetapi Penyu tidak kenal erti kalah dan terus berjuang).Sementara skuad Kijang berjaya membenangkan Selangor di Stadium Shah Alam pada malam yang sama. Kelantan 5-1 Selangor (Selangor dikalahkan dihadapan penonton sendiri,sabar2 cuba lagi)


Isnin 16 Mei 2011, perlawanan kedua antara Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu membuatkan Penyu mengamuk di ombak gelora tanpa memberi sebarang gol untuk pasukan Pahang dengan keputusan Terengganu 2-0 Pahang dengan Terengganu mara dengan agregat 5-2.
Tidak lupa juga pasukan Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Mohamed IV membuatkan Selangor lebih berhati-hati,kedua pasukan ini kelihatan sengit dalam percubaan gol. Kelantan 1-1 Selangor, Kelantan mara 6-2 dengan agregat.

Perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22 antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu akan berlangsung pada 11 Jun 2011.

Buat undian anda di Seribandionline Chat
--------------------------------------------------
tranung : kelate
kuala tranung : kota bharu
penyu : kijang
kropok lekor : budu
pasar payang : pasar ct khadijah
pantai bt burok : pantai cahaya bulan
plate T : plate D
hitam putih : merah putih
ape2 pun perbezaan..
tunggu 11 jun 2011...peteh tranung peteh pasti juara!!

p/s: Seribandionline mengucapkan taniah kepada kedua pasukan kerana layak ke final.Jangan lupa buat undian pasukan anda di Seribandionline Chat

No comments:

Post a Comment